Thursday, April 15, 2010

Dengarlah Kata-kata ALLAH

Surah al-Baqarah ayat:
16. Mereka itu ialah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tiding beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.

17. perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah itu menerangi sekelilingnya, ALLAH menghilangkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, mereka tidak dapat melihat.

18. mereka tuli, bisu, buta, maka tidaklah mereka kembali (ke jalan yang benar).

19. atau seperti (orang yang di timpa) hujan lebat dari langit disertai gelap-gelita, guruh dan kilat mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya kerana (mendengar bunyi) petir, sebab mereka takut mati. Dan Allah meliputi orang kafir.

20. hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jika ALLAH mengkehendaki, nescaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

Note:
1. Orang munafik tidak dapat mengambil manfaat dari petunjuk-petunjuk yang dating dari ALLAH kerana sifat-sifat kemunafikan yang bersemi dalam dada mereka. Keadaan mereka digambarkan ALLAH seperti dalam ayat 16-17

2. Walaupun pancaindera mereka sihat, maka dipandang tuli (pekak), bisu dan buta oleh kerana tidak dapat menerima kebenaran.

3. Orang munafik ketika mendengar ayat-ayat yang mengandungi peringatan, digambarkan seperti orang yang ditimpa hujan lebat dan petir. Mereka menyumbat telinganya kerana tidak sanggup mendengar peringatan dari al-Quran.

4. Orang kafir berada di dalam pengetahuan dan kekuasaan ALLAH.

5. Segala sesuatu yang disembah disamping menyembah ALLAH seprti berhala-berhala, dewa2 dan sebagainya.

6. Ayat ini merupakan cabaran bagi orang yang meragui kebenaran al-Quran. Sesungguhnya al-Quran tidak dapat ditiru walaupun dengan menyerahkan semua ahli sastera dan bahasa kerana ia merupakan kalam Ilahi dalam mukjizat Nabi Muhammad S.a.w.

(Terjemahan al-Quran, surah al-Baqarah ayat 16-20, terbitan al-Hidayah House of al-Quran SDN BHD.)