Friday, June 11, 2010

Pizza Hut di Giant Bandar Puteri...MINUS! -blacklist-

Salam...

title di atas menunjukkan bahawa aku nak mengutuk akan sesuatu. dah banyak aku kutuk pasal services yang memang tak memuaskan. tapi selalunya aku kutuk kat facebook, tulis kat status aku je. tapi, kutukan ni agak panjang dan tak muat nak type kat situ. so, aku tulis kat blog je la... tapi, nanti aku nak share jugak link ni kat facebook...yeah!

so, kali ni aku nak kongsi pengalaman pahit yang aku lalui di Pizza Hut cawangan Giant Bandar Puteri Puchong. Lengkap alamat aku bagi tuh... ceritanya macam ni...

pada 31 Mei 2010 yang lalu, kami sekeluarga telah bercadang untuk meraikan adik aku yang baru menamatkan pengajiannya di UiTM dan telah 'berkonvokesyen' pada 30/5/2010. Oleh kerana ramai yang undi Pizza, so kami pilih Pizza Hut. Kebetulan pulak kami nak ambik barang kat kedai area Bandar Puteri, so abang aku tanya la ada Pizza tak dekat Bandar Puteri? aku cakap "ada tapi baik cari tempat lain sebab aku dah blacklist Pizza kat situ... service minus la..."

betol, aku dah serik nak pegi Pizza kat situ! tapi tu cerita lain...nak ungkit balik memang menyakitkan hati... masa kitorang tgh berkira-kira cari restoren Pizza tu, aku dah nak lupakan insiden negatif kat situ. Abang aku bawak kitorang pegi Pizza kat Bandar Puchong Jaya, tapi Pizza kat situ buat delivery service je... nak tak nak, kami pon pergi la Giant Bandar Puteri. Memang kat IOI Mall ada Pizza gak, tapi kami malas nak u-turn sebab nanti nak kena ambik barang plak kat Bandar Puteri.

nak jimat masa, kami pergi Pizza Hut Giant Bandar Puteri sambil cuba berfikiran positif. 'mungkin masa aku pegi ari tu staff tak ramai, diorang kelam kabut... that's why la diorang xleh nak service customer betol2...'
so, kami sekeluarga membawa fikiran yang positif ke Pizza Hut tersebut. (kami, 11 orang termasuk sorang kanak2 dan sorang baby). masuk je, aku dah rasa cam pelik sebab takde customer. then aku teringat, 'owh, hari isnin...orang kerja la...'

ada seorang staff yang serv kitorang, aku lupa plak nama dia. ada tulis kat resit tapi aku lupa resit tu kat mana. 1st impression, NO SMILE! tolak markah! kami order Combo meal 6 dan Combo meal 4... pizza apa ntah kami pilih, lupa dah... lepas order, staff tu blah. kami pon, borak2 la...maklumlah dah lama tak kumpul 1 family camni.huru hara la kami dengan dialek Terengganu. gurau senda...suka suki, gelak, ketawa ria... sekejap je dah sampai sup, then air and garlic breadstick...habis kami balun! not bad, cepat jugak service ni... oh lupa plak tak de customer la...

biasanya punyala lama nak tunggu pizza datang (lama bagi orang kebulur macam kami yang dah pegi jalan2 pusing2 Shah Alam sampai petang) tapi, kali ni sekejap je. wahh... memang kami gembira la. apa lagi serang la Pizza tu... yang mula2 sampai combo meal set 6... ada sorang bersuara, 'apesal Pizza ni rasa lain macam?' (kakak ipar aku la... dia mmg teliti skit) kami yang memang kelaparan tahap ape ni buat2 tak dengar je la...keluarga kami memang macam ni, jarang nak komplen pasal rezeki...hehe... belom pon habis Pizza set 6 tu, datang pulak pizza lain... tapi, pelik betul... apesal Pizza sama ha? tu aku sorang je yang perasan. dan aku pon xtau pizza apa yang diorang pilih... dek kerana dah kebulur sangat adik beradik aku ni, habis pizza tu diorang telan. ada la tinggal beberapa slice yang tak larat dah nak di sumbat ke perut.

sambil duk belek2 pizza tu, berkira2 nak makan ke tak (maklumlah, perut dah penuh) ada sesuatu yang menarik perhatian aku plak... apesal tepung ni cam lembik plak? macam tak masak je tepung ni! kami berpandangan sesama sendiri... dalam otak aku, baru terfikir kenapa tak ada orang kat Pizza ni. kami panggil la staff yang serv kami td... punya la lama tunggu dia nak datang meja kami...

staff tu datang je, kami pon bagitau... "Cik, pizza ni tak masak la...tengok tepung ni, mentah!" staff tu dengan muka cuak pon cakap... "Jap ek, saya hantar pizza ke dapur..." dia pon amik la pizza tu bawak pegi dapur...xtau la diorang nak buat apa, mungkin nak masak pizza tu balik kot...hehe... sambil2 tunggu staff tadi, kami chit chat la... ni antara dialog2 yang masih aku ingat... "habis makan pizza mentah...cirit ar semua orang..." " Aku makan 4 keping woo..." "Tu la pasal tadi rasa cam pelik je pizza ni..." "Aku makan 4 keping stengah oooo..." macam2 lagi la...tapi malas nak taip la...

beberapa minit tunggu, staff tadi pon datang ke meja kami. "erm...pizza tadi tak masak... manager pon tak ada sekarang ni, dia pergi bank... kami ganti dengan benda lain boleh tak?" kami melopong sambil memandang sesama sendiri... dalam hati aku, ' habis, pizza mentah yang kami dah makan tu, nak ganti jugak ke?' aku rasa ada 3 pan pizza yang x masak! sebab ada 1 pan regular je yang kami makan habis...yang 3 pan lagi, ada tinggal 1 slice stiap pan... DAMN! kalo kami mati sebab makan pizza mentah sapa nak jawab?!!!!

dah...aku dah nak meletup dah time tu...2nd time aku kena service minus kat pizza ni! aku tanya... "Nak ganti dengan apa?" dia jawab... "chiken wings ke, aiskerim ke..." betapa bagusnya! pizza nak di ganti dengan chiken wing? asikrim?! aku speechless giler... aku tak tau nak komplen camne lagi sebab aku tak pernah mengalami situasi camni... dengan tengok muka seposen minah tu lagi... "Ok lah... aku malas betul nak cari gaduh pasal benda2 kecik ni..."

baiknya hati kami ni nak maafkan kes pizza tak masak tu... walaupon dalam hati dah menghitung2 akibat yang bakal diterima lepas ni...cirit la, kembung perut la (perut aku memang sensitip ngan tepung mentah!) tunggu chiken wings nak siap punya lah lama... makin terbakar hati kami ni...

sambil2 tunggu, kami pon mintak bill... RM140.76... aik?! apesal macam jauh je beza dengan yang aku duk congak2 dalam pala otak aku? walopon aku x pandai sangat matematik tp setakat nak congak2 ni mampu lagi la... yang aku duk congak2 tu dalam RM120 something... mintak resit!
"Boleh mintak resit tak?"(dengan cara penuh diplomasi) "Hari ni tak ada resit..." staff tu cakap. aku pon... "HAH?! kenapa plak?!!!" (tanda2 dah nak meletus gunung berapi) oihh... cuak muka minah tu! aku tengok je minah ni gabra depan kaunter sambil wat2 bizi dgn keje lain! aku tunggu je situ... "Dik! Memang takde resit ke hari ni?" (masih mampu menahan amarah...tapi muka dah masam giler!) "kejap ek..." then dia pon print resit... ADA PLAK RESITNYA!!!! makin nak marah rr aku!!!

check resit... "APESAL COMBO MEAL SET 6 dua ni? bukan tadi kami mintak set 6 dengan set 4 ke?" patutlah pizza sama je kami makan... oh, baru teringat ade sup dan air terlebih pulak tadi... dah tak tau nak jawab apa dah minah tu...diam seribu bahasa! then, aku teringat pulak... tadi masa ambik order, dia tak confirm pon order tu... lepas kitorang cakap nak set mana terus dia blah...x ulang pon apa yang kami order... aish... patutlah pizza sama je kami makan tadi...

dek kerana panas hati yang membuak2 kami nak cepat blah dari restoren pizza tuh... tetiba, kakak ipar aku blurt out, chicken wings td dah amik ke? ish...dah dekat dah dengan escalator, aku pon masuk balik pizza tu... "Dik...mana chicken wings td?" muka jangan cakap r, masam giler... aku rasa muka dia lebih masam dari muka aku! wuishh... sakit hati siot!!! "Ada, dah siap dah..." dia pon pegi amik chicken wings yang dah d letak atas meja... ooo... rupanya dah siap lama, tapi apesal tak bagi kat kitorang!!! huh! bukan kebulur sangat pon nak chicken wings korang tuh, kami just nak HAK KAMI!!!! dah la makan pizza tak masak! Kalo kitorang masuk hospital pasni? korang nak tanggung ke? kami blah dengan perasaan yang sangat kecewa!!!

sudah terang2 bersalah, mintak maaf pon tak! tu yang buat kami rasa macam nak bakar je restoren pizza tu! aku rasa kalau dia mintak maaf, kami akan rasa lebih cool... besar sangat ke ego kau nak mintak maaf dengan customer yang bayar 10% service charge kat korang? huh! bayangkan, kami bayar RM12.25 untuk service yang menyakitkan hati tu!!! eh, dengan 12 ringgit tu, aku boleh beli KFC SNACK PLATE kat restoren KFC sebelah Pizza tu tau!!! makan kat situ dengan aman damai, x payah tengok muka kau yang masam macam jeruk kedondong, senyum kat customer pon tak nak!

kat sini aku rasa tak adil... pertama, bayar service charge sampai 10% tapi service macam taik! baik kami makan kat restoren mamak!!! kedua, pizza mentah yang kami makan tu di ganti dengan chicken wings jer? ingat chicken wings tu bole jadi ubat sakit perut kami ke? ketiga, dah salah, kenapa tak minta maaf? aku sure maafkan seseorang tu kalo dia tau salah dia dan dia mintak maaf, keluarga aku pon sama...

dah dah...aku malas dah nak ingat balik kisah lama yang menyakitkan hati tu... aku tulis ni sebab aku dah janji dengan family aku nak tulis kat blog aku...lepas keluar dari pizza tu hari tu memang aku ada cakap nak tulis citer ni kat blog kat diorang...tapi aku tangguhkan sebab banyak keje lain aku kena buat....

so, itu la pengalaman menyakitkan hati kami di PIZZA HUT GIANT BANDAR PUTERI... lepas ni, sape2 yang bercadang nak makan kat situ silalah berfikir banyak kali yer... bagi aku yang dah 2 kali kena service taik ni, memang takkan jejak lagi kaki aku kat situ!!! so, secara rasminya aku blacklist Pizza Hut Giant Bandar Puteri dari senarai tempat makan aku!

p/s: harap2 ada la staff pizza tu yang drop by baca citer pahit aku ni...

6 comments:

hanumHae said...

huh? gilos la service kat pizza ctu! xmau p xmau p..

sungguh sungguh amat menyakitkan hati aku yang baca ni pun sbb paham perasaannya camna bila tggu apa yg kita order lambt pastu dapat yang lain..service charge bukan main mahal lagi..huhu

Zek said...

betoi2...
melalui pengalaman org lain pon dah rasa sakit ati... aku yg 2 kali kena memang meletop la...hoho

haniruz said...

bapak la..haru gila..amenda service buruk sgt??ko tau, stakat kt kk ni la kan, aku pg pizza hut (dh aku kdg2 suka makan pizza), xpenah lagi dpt service buruk mcm tu..serius ckp..kat tmpt aku praktikal ari tu (ya, pizza hut jalan gaya), aku dtg kul 11++pg n aku nak take away je pizza.ptt xleh, tp mamat waiter tu punya la main baik siap senyup kat aku kata, "kak, mmdgkan belum ada customer, jd, xpala, akak boleh take away pizza yg akak suka"..sejuk je ati aku time tu..serius..n pizza hut tmpt lain pun service ok..haishh..ari tu, jr aku makan pizza kat kl pun kes sama..hhmmm..jap, service tax 10% ke??bkn 5% ke??n wtf??bapak mahal..korg makan emas ke apa kat sana..

sekamar rindu said...

salam...

buat aduan ke pihak atasan..

Zek said...

Rina: ni pengalaman aku ngan pizza kat cni...tempat lain okay la...
and yes 10% service charge, 5% government tax.

Zek said...

sekamar rindu: w'salam...

malas nak panjangkan hal ni...dan dah tawar hati nak pegi tempat tu lg ... huhu