Friday, July 30, 2010

ketika berjalan...

Ketika kita berjalan…

Hey, kawan-kawan…

ketika kita berjalan di bumi Allah, jangan terlalu mendongak ke langit, Sesekali halakan pandanganmu ke kaki. Di situ bumi kita pijak. Ketika kita berada di puncak kejayaan, janganlah terlalu berbangga diri, sesekali ingatlah rezekimu itu anugerah Allah.

Jangan terlalu mendongak ke langit, pandanglah ke kakimu, mungkin ada najis di depanmu. Jika kita dipuncak kejayaan, jangan terlalu bermegah, sesekali lihatlah sekeliling, mungkin ada khianat yang bakal datang.

Jika kita berjalan, jangan terlalu mendongak ke langit, pandang ke bawah, mungkin ada batu di depan. Jika kita berada di puncak kesenangan, jangan terlalu leka, mungkin ada halangan menanti.

Jika kita berjalan, jangan terlalu mendongak ke langit, lihat kaki mu di bumi Allah. Di situ kita berdiri, di situ kita berpijak, dari tanah itu kita datang. Jika kita berada di puncak kemenangan, lihatlah sekeling, jangan lupa asal usul kita.

Jangan terlalu mendongak ke langit, lihat juga di belakang mu, mungkin ada musuh mahu menikam. Jika kita berada di puncak kejayaan, jangan terlalu menunjuk-nunjuk, mungkin ada yang tidak gemar.

berjalan sambil mendongak, gaya lagak seperti orang sombong. menonong tanpa lihat kiri-kanan. apa salahnya berjalan sambil menundukkan kepala, tanda kita merasa rendah diri sebagai makhluk yang lemah. bukan sebab kita kurang keyakinan, tapi untuk mengingatkan diri sendiri bahawa kita hanya insan yang lemah yang hidup atas izin Allah, yang hidup dengan dosa dan kemungkaran. kejayaan di dunia belum tentu kejayaan di akhirat. kegagalan di dunia tidak pula bermaksud kegagalan di akhirat. fikir-fikirkan lah... sama-sama kita telaah diri kita kembali. selama kita hidup sebanyak mana dosa yang kita kumpul? dan sebanyak mana pula pahala kita buat? ingat, dosa dan pahala inilah yang akan kita pikul ketika meniti titian mustaqim di akhirat kelak. berat dosa jatuh ke neraka, banyak pahala, InsyaAllah, syurga menanti ^^

tetiba terpikirkan soal dongak ke langit ni masa jalan kaki nakbalik umah semalam :)

No comments: