Thursday, March 18, 2010

Teringat plak pesan mak dulu-dulu...

Ingat pesan Mak…

JANGAN TINGGAL SOLAT! Mak selalu kata, “Kita hidup ni, nak mati nak oi…” tu la ayat mak bila kejutkan anak2nya solat subuh. “Kalau masa hidup ni tak buat amal ibadat, takkan nak tunggu malaikat maut depan mata baru rasa nak ambil wudhuk…” cuba renung-renungkan kata-kata mak tu. Betul sangat-sangat… masa sihat ni la nak kumpul pahala, bila dah sakit esok, nak bangun pun tak larat, macam mana nak cari pahala lagi? Nak ambil wudhuk pun kena mintak tolong orang. Orang pon, kalo tolong entah ikhlas entah tidak…

Tapi, dunia ni terbalik pulak… masa sihat ni la nak enjoy kononnya… enjoy tak salah, yang salahnya bila enjoy sambil kumpul dosa. Dah terlampau enjoy, seronok sangat, ketawa sini gelak sana, cuit sana cuit sini, kata orang tu kata orang ni... azan dari masjid dan surau pun dah tak berapa nak dengar dah, apa lagi nak berhenti sekejap, pergi solat. Last-last, masuk waktu lain plak… dan macam tulah keadaan selepas tu. Bukan sekali dua, banyak kali, berkali-kali.

Kan dulu masa kecik2 penah belajar, ustazah dan ustaz selalu sebut, “solat tu, tiang agama…” kalo tiang pun tak kukuh…senget je…tunggu masa nak sembah bumi, macam mana nak pasang dinding? Atap? Nak letak pintu? Hish…tak tau nak kata dah! kalau orang islam sendiri tak solat, apa pandangan orang bukan islam terhadap islam? Eh, malu la… mengaku islam, bangga jadi islam, tapi solat lima waktu pun tak cukup! Basic je tu. Entahlah, tak tahu nak salahkan siapa. Diri sendiri la kot. Sendiri bole pikir. Tapi tu lah, pikir je, tapi tak penah bertindak. Mungkin, manusia mudah lupa…

Yang buat kita lupa tu semuanya hal2 duniawi. Tak salah nak kaut keseronokan dunia ni, tapi berpada-padalah. Sekali-sekala tu, ingatlah, dunia ni pinjaman jer. Dunia ni sementara. Dan dunia nil ah yang akan kita bawak di PADANG MASYAR kelak. Bayangkan, semua benda yang kita buat masa kat atas dunia ni adalah kemungkaran je, then, dengan kemungkaran yang tak dapat dikira tulah kita menunggu pembalasan. Nak pergi SYURGA macam mana? Kalau dah solat pun boleh bila bilang dengan jari. Insaflah wahai manusia…termasuk diriku yang hina ni!

Kalau kita ingat akhirat, kompem akan timbul rasa insaf dalam hati kita. Kalau rasa susah sangat nak insaf, ingat ni, KAT AKHIRAT TU ADA NERAKA JAHANAM! Dan neraka tu adalah untuk orang2 yang tidak beriman. Kalau ingat Syurga, jarang nak timbul rasa insaf kan? So, cuba ingat neraka plak. YA ALLAH… selamatkanlah hambaMu ini dari api neraka… amin. Tak sanggup nak bayangkan, dan memang tak terbayangkan pon keadaan neraka tu macam mana, tapi, Allah telah menjanjikan bahawa neraka itu adalah tempat yang paling azab!

Huh! Panjang gak aku membebel ni. Dan aku bukannya ustazah! Aku bukan berniat nak sindir sape2 dalam perkara ni, tapi maaf kalo terasa. Dan kalo terasa, janganlah benci aku ye… aku Cuma nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku ni, aku pon kadang2 lalai gak. Solat pon belum tentu cukup gak kan? So, aku wat ni khas nak insafkan diri sendiri. Kalo ada yang insaf skali ngan aku dalam ni, Alhamdulillah. Kalo tak insaf, nak wat camne kan, dah hati tu liat sangat… tapi sekurang2nya aku berusaha untuk membuat orang yang membaca tulisan ni rasa insaf. It’s better than nothing… aku harap aku tak lalai lagi lepas ni.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api neraka. Amin.

p/s: aku pon bukan budak baik! cuma, kadang2 aku kecewa dengan sikap sendiri yang tak pandai menegur depan2. that's why i did this... hopefully, there's someone out there who drop by and read it til the end... aku cuma insan biasa... makhluk Allah yang serba kekurangan.

Tuesday, March 16, 2010

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Monday, March 15, 2010

Senyum... ada rahsia yang tersimpan...

Senyum, mungkin lambang gembira
Senyum, ada sedekah yang tercatat
Senyum, ada yang ikhlas
Senyum juga ada rahsia…

Senyuman rahsia kurang manisnya
Senyuman rahsia, ada yang tersirat
Mengapa senyum jika sedih
Mengapa senyum jika derita

Senyum bila senang
Senyum bila tenang
Senyum… mungkin ada rahsia…
Usah senyum jika pedih

Meraunglah… Jeritlah
Ceritakan penderitaan mu
Khabarkan kepedihanmu
Jangan senyum jika kau sedih…

Senyummu, mengurung derita nan pilu
Senyummu, menghiris kalbu mu
Senyummu, melindungi luka di hati
Senyummu, ada rahsia perlu di gali

Pemilik senyum nan indah
Senyum mu meneduhkan sanubari
Senyummu mendamaikan hati ini
Senyumlah untuk diri mu…

Pemilik senyum yang tabah
Khabarkan deritamu pada ku
Luahkan kusutmu padaku
Biar ku ubat luka itu

Pemilik senyum yang sedih
Terima kasih atas senyuman mu
Senyum itu mendamaikan hati ini
Senyum itu ada rahsia yang tersimpan…

nurkilan Zek utk A.J

Friday, March 12, 2010

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Timbul keinsafan dalam diri bila membaca tulisan ini...

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH


Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Betapa selama ini aku leka dengan keindahan duniawi sehingga aku lupa tentang wujudnya akhirat. dunia yang sementara ini aku kejar dengan kerana nafsu dan bisikan syaitan. sedangkan Allah sentiasa menghitung amalan ku yang akan menjadi bekalan untuk bertemuNya di alam akhirat... Ya Allah, sesungguhnya, Engkau Maha Pengampun, ampunkalh dosa-dosaku, dosa kedua-dua ibu bapa ku, dosa seluruh ahli keluarga ku dan dosa sahabat-sahabat ku serta seluruh kaum muslimin. Amin....