kehadapan wanita yang kucintai...
awak... mungkin awak tak tahu yang saya sebenarnya sayangkan awak. saya cuba cakap kat awak saya sayang awak tapi awak buat-buat tak faham. sakit hati saya tahu tak? tapi saya tak salahkan awak, sebab dulu saya pernah cuba buang awak. walaupun masa tu awak tak cakap pun awak suka saya tapi saya dah buktikan yang saya tak suka awak.
percaya tak, lepas saya buat macam tu kat awak saya menyesal sangat. saya rasa seperti separuh diri saya hilang. tapi menyesal pun dah tak guna lagi. dia, sahabat saya dah mula curi hati awak.
awak... masa awak bergaduh dengan lelaki yang curi hati awak tu, saya macam nak tarik awak lari jauh-jauh dari dia. saya rasa nak peluk awak supaya awak rasa selamat. saya nak hiburkan hati awak supaya awak senyum. saya benar-benar harap yang awak akan tinggalkan dia dan datang pada saya. pelikkan saya ni?
awak... semakin hari semakin dalam cinta saya. saya dah tak boleh lari dari awak lagi. setiap hari saya mesti cari awak, tanya kalau-kalau awak ada masalah. kalau awak ada masalah, saya akan cuba cari penyelesaiannya bersama awak. itulah satu-satunya cara saya buktikan cinta saya. tapi, awak cuma anggap pertolongan saya sebagai pertolongan dari seorang kawan. saya hanyalah seorang kawan, kan? sahabat kepada lelaki yang telah curi hati awak, dan kawan awak yang selalu ada di sisi awak, kan?
awak... setiap kali awak menangis, saya rasa hari tiba-tiba mendung. kenapa dia sering lukakan hati awak? kenapa awak masih cintakan dia walaupun dia sering menyakiti hati awak? sedalam manakah cinta awak pada sahabat saya itu? bertuahnya saya kalau lelaki yang awak cinta itu adalah saya.
awak, wanita yang saya cintai... saya tak kisah, datanglah cari saya bila-bila awak suka. saya sentiasa di sini. saya akan sentiasa menyokong awak. bawalah berita gembira atau berita sedih, saya sedia mendengar. saya akan setia mendengar setiap kata-kata awak. sebab, setiap bicara awak umpama terapi buat saya. hebatnya awak...
awak... maaf sekiranya saya buat awak rimas dengan kehadiran saya. maaf sekiranya disebabkan saya hubungan awak dan sahabat saya itu meretak. maaf, disebabkan sayalah lelaki awak cintai itu cemburu. tapi cemburu itu tanda sayang. saya tahu sahabat saya itu memang benar-benar sayangkan awak. sebab saya sering cemburu lihat awak berdua bersama. itu adalah kerana saya sayang awak. tapi awak sayang dia...
awak... terima kasih kerana menyintai sahabat saya. dia sahabat yang saya sayang. awak telah berikan sesuatu yang dia belum terima sepanjang hidupnya, kasih sayang. terima kasih.
awak... saya akan sentiasa di sini. bila-bila awak perlukan saya, saya sedia untuk berkhidmat.
terima kasih wanita yang saya cintai... semoga awak bahagia bersama lelaki yang awak cintai.
sekian...
No comments:
Post a Comment