kehadapan sahabatku...
terima kasih kerana menjadi seorang sahabat buat diriku yang serba kekurangan ni. kaulah orang pertama yang telah menghadiahkan aku kasih sayang. terima kasih sahabatku...
sahabat...
maaf kerana aku menyintai wanita yang kau cinta. maaf kerana aku merampas wanita yang kau cintai. maaf kerana sahabatmu ini menjadi sebab kesengsaraanmu. maafkan aku sahabat.
sahabat yang aku sayangi...
wanita itu telah mencuri hatiku. membawa hatiku jauh dari diriku sendiri. membuatkan aku sesat tanpanya. menjadikan aku seorang pencinta yang tamak. aku inginkan kasih sayangnya. aku mahukan belaiannya. aku ingin miliki jiwanya. aku ingin jadi lelaki terbaik untuknya.
sahabatku...
terima kasih kerana sentiasa ada untuknya. ingat tak, sewaktu aku melukakan hatinya? kaulah tempat dia mengadu. kau yang menjadi tempatnya berlindung. kau buangkan kepentinganmu untuknya. kau sebenarnya lebih baik dari ku. maafkan aku sahabat kerana sering melukakan hati wanita yang kau cintai. maafkan aku kerana membuat dia jatuh cinta padaku.
maafkan aku sahabat...
kadang-kala aku cemburu melihat kalian. aku takut dia akan jatuh cinta padamu semula. aku bimbang dia pilih dirimu berbanding diriku. aku sayang dia, aku juga sayangkanmu sahabatku. namun, tak mungkin aku akan serahkannya padamu. tidak, dia wanita yang kucintai. tak mungkin ada insan lain yang mencintai dia lebih dariku. jika kau cintakan dia, percayalah, cintaku lebih dalam berbanding cintamu. sahabat, aku cintakan wanita yang kau cintai itu.
namun, sahabatku...
andai suatu hari aku terpaksa lepaskan wanita yang kucintai... walau aku tak mahu membayangkan keadaan itu... tapi, andai aku tiada pilihan selain melepaskan dia, aku serahkan dia padamu. namun, itu tetap tak mungkin aku biarkan. walau aku terpaksa membuang diri sendiri, tak mungkin aku berhenti mencintainya. walau aku ditelan bumi, aku akan tetap mencintainya. sahabat, sekiranya aku tidak berda di sisinya, sudilah kiranya kau hiburkan hatinya lagi.
sahabatku...
tiada yang lain memahami diriku selain dirimu. aku bukanlah sesiapa tanpa dirimu. aku bukanlah pencinta yang baik tanpa dirimu. sahabatku, terima kasih kerana mengorbankan cintamu buatku. terima kasih sahabatku.
sahabat yang ku sayangi...
terima kasih kerana menjadi sahabatku. sahabatku sayang.
sekian...
No comments:
Post a Comment