Wednesday, May 16, 2012

Lelaki Yang Kucintai

kehadapan lelaki yang kucintai...

terima kasih kerana membuatkan aku jatuh cinta padamu. aku kini tahu apa erti rindu, tahu erti cemburu. aku sudah jatuh cinta padamu lelaki yang kucintai.

kekasihku...
hadirmu menjadikan aku hilang arah. tanpamu aku jadi sasau. aku tidak betah hidup tanpa dirimu. lelaki yang kucintai, kau telah curi hatiku. terima kasih kerana mengajarku erti cinta ini. cintamu membuatkan aku terasa berharga.

kekasih yang kucintai...
ingatkah pertemuan pertama kita? betapa kita membenci satu sama lain tika itu. namun, Tuhan itu Maha Adil, Dia tiupkan rasa sayang dalam hati kita sedikit demi sedikit. Sehingga kita jadi rindu sesame sendiri. Kita sudah jatuh cinta kerana kuasaNya. Terima kasih Tuhan kerana ciptakan perasaan cinta ini.

Kekasihku…
Tiada lagi cinta lain selain darimu. Walau sahabat kesayanganmu, tak mungkin dapat menggantikan tempatmu di hatiku. Walau dulu, aku pernah menyukai sahabatmu, namun suka tidak bererti cinta. Jelas sekali suka bukanlah cinta. Jadi, janganlah curigai kami lagi.

Lelaki yang kucintai…
Aku tidak mungkin menerima cinta selain darimu. Kerana cinta tanpamu tidak bermakna cinta bagiku. Fahamkah dirimu? Cinta bukanlah cinta tanpa dirimu… cinta sukar dimengertikan, melainkan kau berada di sisiku.

Kekasihku…
Terima kasih kerana menguji cintaku. Walau hatiku terluka, namun itu membuatkan cintaku bertambah dalam. Makin dalam luka itu, makin dalam cintaku. Pelik benar cinta ini, kan? Percayalah, sekiranya aku menangis keranamu, itu sebenarnya tangisan kerana aku takut kehilanganmu. Tanpamu di sisiku, aku bagai jasad tanpa nyawa.

Kekasihku yang tercinta…
Terima kasih kerana mencintai aku. Terima kasih kerana memberi peluang untukku mencintaimu.

Terima kasih cintaku.

Sekian…

No comments: