Wednesday, May 16, 2012

Selawat Syifa




Selawat syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.

Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH  SWT.

Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa' juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.

sumber: http://www.resepirahsiaku.com/2011/01/selawat-syifa-penyembuh-penyakit.html


sekadar berkongsi... video dan gambar bukan kepunyaan saya, waima penulisan di atas... saya copy and paste saja :D

Lelaki Yang Kucintai

kehadapan lelaki yang kucintai...

terima kasih kerana membuatkan aku jatuh cinta padamu. aku kini tahu apa erti rindu, tahu erti cemburu. aku sudah jatuh cinta padamu lelaki yang kucintai.

kekasihku...
hadirmu menjadikan aku hilang arah. tanpamu aku jadi sasau. aku tidak betah hidup tanpa dirimu. lelaki yang kucintai, kau telah curi hatiku. terima kasih kerana mengajarku erti cinta ini. cintamu membuatkan aku terasa berharga.

kekasih yang kucintai...
ingatkah pertemuan pertama kita? betapa kita membenci satu sama lain tika itu. namun, Tuhan itu Maha Adil, Dia tiupkan rasa sayang dalam hati kita sedikit demi sedikit. Sehingga kita jadi rindu sesame sendiri. Kita sudah jatuh cinta kerana kuasaNya. Terima kasih Tuhan kerana ciptakan perasaan cinta ini.

Kekasihku…
Tiada lagi cinta lain selain darimu. Walau sahabat kesayanganmu, tak mungkin dapat menggantikan tempatmu di hatiku. Walau dulu, aku pernah menyukai sahabatmu, namun suka tidak bererti cinta. Jelas sekali suka bukanlah cinta. Jadi, janganlah curigai kami lagi.

Lelaki yang kucintai…
Aku tidak mungkin menerima cinta selain darimu. Kerana cinta tanpamu tidak bermakna cinta bagiku. Fahamkah dirimu? Cinta bukanlah cinta tanpa dirimu… cinta sukar dimengertikan, melainkan kau berada di sisiku.

Kekasihku…
Terima kasih kerana menguji cintaku. Walau hatiku terluka, namun itu membuatkan cintaku bertambah dalam. Makin dalam luka itu, makin dalam cintaku. Pelik benar cinta ini, kan? Percayalah, sekiranya aku menangis keranamu, itu sebenarnya tangisan kerana aku takut kehilanganmu. Tanpamu di sisiku, aku bagai jasad tanpa nyawa.

Kekasihku yang tercinta…
Terima kasih kerana mencintai aku. Terima kasih kerana memberi peluang untukku mencintaimu.

Terima kasih cintaku.

Sekian…

Sahabat Yang Mencintai Kekasihku

kehadapan sahabatku...

terima kasih kerana menjadi seorang sahabat buat diriku yang serba kekurangan ni. kaulah orang pertama yang telah menghadiahkan aku kasih sayang. terima kasih sahabatku...

sahabat...
maaf kerana aku menyintai wanita yang kau cinta. maaf kerana aku merampas wanita yang kau cintai. maaf kerana sahabatmu ini menjadi sebab kesengsaraanmu. maafkan aku sahabat.

sahabat yang aku sayangi...
wanita itu telah mencuri hatiku. membawa hatiku jauh dari diriku sendiri. membuatkan aku sesat tanpanya. menjadikan aku seorang pencinta yang tamak. aku inginkan kasih sayangnya. aku mahukan belaiannya. aku ingin miliki jiwanya. aku ingin jadi lelaki terbaik untuknya.

sahabatku...
terima kasih kerana sentiasa ada untuknya. ingat tak, sewaktu aku melukakan hatinya? kaulah tempat dia mengadu. kau yang menjadi tempatnya berlindung. kau buangkan kepentinganmu untuknya. kau sebenarnya lebih baik dari ku. maafkan aku sahabat kerana sering melukakan hati wanita yang kau cintai. maafkan aku kerana membuat dia jatuh cinta padaku.

maafkan aku sahabat...
kadang-kala aku cemburu melihat kalian. aku takut dia akan jatuh cinta padamu semula. aku bimbang dia pilih dirimu berbanding diriku. aku sayang dia, aku juga sayangkanmu sahabatku. namun, tak mungkin aku akan serahkannya padamu. tidak, dia wanita yang kucintai. tak mungkin ada insan lain yang mencintai dia lebih dariku. jika kau cintakan dia, percayalah, cintaku lebih dalam berbanding cintamu. sahabat, aku cintakan wanita yang kau cintai itu.

namun, sahabatku...
andai suatu hari aku terpaksa lepaskan wanita yang kucintai... walau aku tak mahu membayangkan keadaan itu... tapi, andai aku tiada pilihan selain melepaskan dia, aku serahkan dia padamu. namun, itu tetap tak mungkin aku biarkan. walau aku terpaksa membuang diri sendiri, tak mungkin aku berhenti mencintainya. walau aku ditelan bumi, aku akan tetap mencintainya. sahabat, sekiranya aku tidak berda di sisinya, sudilah kiranya kau hiburkan hatinya lagi.

sahabatku...
tiada yang lain memahami diriku selain dirimu. aku bukanlah sesiapa tanpa dirimu. aku bukanlah pencinta yang baik tanpa dirimu. sahabatku, terima kasih kerana mengorbankan cintamu buatku. terima kasih sahabatku.

sahabat yang ku sayangi...
terima kasih kerana menjadi sahabatku. sahabatku sayang.

sekian...

Saturday, May 12, 2012

WANITA YANG KUCINTAI

kehadapan wanita yang kucintai...

awak... mungkin awak tak tahu yang saya sebenarnya sayangkan awak.  saya cuba cakap kat awak saya sayang awak tapi awak buat-buat tak faham. sakit hati saya tahu tak? tapi saya tak salahkan awak, sebab dulu saya pernah cuba buang awak. walaupun masa tu awak tak cakap pun awak suka saya tapi saya dah buktikan yang saya tak suka awak.

percaya tak, lepas saya buat macam tu kat awak saya menyesal sangat. saya rasa seperti separuh diri saya hilang. tapi menyesal pun dah tak guna lagi. dia, sahabat saya dah mula curi hati awak.

awak... masa awak bergaduh dengan lelaki yang curi hati awak tu, saya macam nak tarik awak lari jauh-jauh dari dia. saya rasa nak peluk awak supaya awak rasa selamat. saya nak hiburkan hati awak supaya awak senyum. saya benar-benar harap yang awak akan tinggalkan dia dan datang pada saya. pelikkan saya ni?

awak... semakin hari semakin dalam cinta saya. saya dah tak boleh lari dari awak lagi. setiap hari saya mesti cari awak, tanya kalau-kalau awak ada masalah. kalau awak ada masalah, saya akan cuba cari penyelesaiannya bersama awak. itulah satu-satunya cara saya buktikan cinta saya. tapi, awak cuma anggap pertolongan saya sebagai pertolongan dari seorang kawan. saya hanyalah seorang kawan, kan? sahabat kepada lelaki yang telah curi hati awak, dan kawan awak yang selalu ada di sisi awak, kan?

awak... setiap kali awak menangis, saya rasa hari tiba-tiba mendung. kenapa dia sering lukakan hati awak? kenapa awak masih cintakan dia walaupun dia sering menyakiti hati awak? sedalam manakah cinta awak pada sahabat saya itu? bertuahnya saya kalau lelaki yang awak cinta itu adalah saya. 

awak, wanita yang saya cintai... saya tak kisah, datanglah cari saya bila-bila awak suka. saya sentiasa di sini. saya akan sentiasa menyokong awak. bawalah berita gembira atau berita sedih, saya sedia mendengar. saya akan setia mendengar setiap kata-kata awak. sebab, setiap bicara awak umpama terapi buat saya. hebatnya awak...

awak... maaf sekiranya saya buat awak rimas dengan kehadiran saya. maaf sekiranya disebabkan saya hubungan awak dan sahabat saya itu meretak. maaf, disebabkan sayalah lelaki awak cintai itu cemburu. tapi cemburu itu tanda sayang. saya tahu sahabat saya itu memang benar-benar sayangkan awak. sebab saya sering cemburu lihat awak berdua bersama. itu adalah kerana saya sayang awak. tapi awak sayang dia...

awak... terima kasih kerana menyintai sahabat saya. dia sahabat yang saya sayang. awak telah berikan sesuatu yang dia belum terima sepanjang hidupnya, kasih sayang. terima kasih.

awak... saya akan sentiasa di sini. bila-bila awak perlukan saya, saya sedia untuk berkhidmat.

terima kasih wanita yang saya cintai... semoga awak bahagia bersama lelaki yang awak cintai.

sekian...



WEEKEND SPECIAL - choclate chips biscuit

Salam semua...




dah bape lame x hapdet blog? 2 3 ari gak kan? ade aku kesah? hahaha




ni ni... nak bgtau, ari ni I ols wat biskut coklat cip! dah 2 minggu duk mengigau nak buat, last2 ari ni baru berjaya... sblom ni x penah buat, asyik beli yg dah siap je... ni dah tau buat sendiri, bole la kongsi kt cni plak...hehehe... ala... x susah pon... small de pises la...



bahan die, ni jer...

haha...siap snap gmbr lg... bkn ape, snap gmbr tu bertujuan nak cari bahan kat kedai...hehe..

cara dia senang je... memula, pukul gula perang, gula kastor n mentega sampai kembang.
then, masukkan telor-pukul lg smpai sebati... masukkan tepung gandum yg telah di ayak bersama soda bikarbonat n serbuk penaik... pastu masukkan semua bahan yg ade... gaul2...


pssst... aku x letak kacang hazel, aku letak kacang tanah jer...hahaha...sebab dah ada kacang kisar dlm peti... senang...haha... dan aku tambah serbuk kopi pracampur... kasi naik dia punya aroma...

dah gaul semuanya, bentukkan adunan kecik2 dengan sudu... pastu bakar dlm oven mcm bakar biskut lain...

hasilnya...

tadaaa...

 hmmm... aromanya memang meruap2... memang sedap....

 nanti raya nak buat biskut ni banyak2... kompem sold out ni...hahaha
masuk bakul angkat sendiri!!
ape2 pon, silalah anda2 semua cuba yer... 


Monday, May 7, 2012

Mok Aku Nok Tubaik- Sajak Kuala Berang :sedih:


mok aku nok tubek,
-mak aku nak keluar-
mok disebening hujan yang berderohon,
-mak disebening hujan yang melebat-
mengukir seribu mimpi hadir malam.
-mengukir seribu mimpi hadir malam-

aku rindu pada pacat dan litoh,
-aku rindu pada pacat dan lintah-
aku rindu pada ulat belucah dan buoh getoh,
-aku rindu pada ulat beluncas dan buah getah-
aku ingin bejeluah dengan seluk yang kutor,
-aku ingin berkubang dengan selut yang kotor-
aku ingin main chor...
-aku ingin main air parit-

biorlah ader yang mengayat mencari sain untok berderak,
-biarlah ada yang mencari kawan untuk melepak-
bio aku yang perambak,
-biar aku yang hambat-
biolah ader yang mengakok mencari ubi curok,
-biarlah ada yang merangkak mencari ubi 'curok'-
bio aku yang tembok mok.
-biar aku yang tembak mak-

mok aku nok tubek,
-mak aku nak keluar-
aku nok balik,
-aku nak balik-
aku tahu mok blibe berong maroh,
-aku tahu mak berleter berdengung marah-
sebab aku tak mboh skuloh.
-sebab aku tak mahu sekolah-

aku nok cube cari diri aku pedeye aku sebenornye,
-aku cuba cari diri aku siapa dia aku sebenarnya-
aku blajor jadi kubo jeluok,
...
dok seke stabok bile aku tengok TB,
-tak sangka pula bila aku tengok TV-
sain dudok adalah budok HIV.
-kawan serumah adalah budak HIV-

mok aku serik doh,
-mak aku serik dah-
duduk dalam rumoh batu pintu besi,
-duduk dalam rumah batu pintu besi-
marilah mok ambik aku wak lari,
-marilah mak ambil aku bawa lari-
juallah lembu kubo tuh,
-juallah lembu tu-
mari tebuh aku nih,
-mari tebus aku disini-
wak tubek aku mok.
-keluarkan aku mak-

mok aku nok balik,
-mak aku nak balik-
aku nok tubek,
-aku nak keluar-
nok sujud nok cium tanganmu mok
-nak sujud, nak cium tanganmu mak-
aku teringin nok tumbok peng,
-aku teringin nak tumbuk emping-
aku teringin nok wak pooh,
-aku teringan nak buat 'pooh'-
aku nok sedekoh patehoh kubo ayoh.
-aku nak sedekah Fatihah di kubur ayah-

ambiklah aku wak tubek mok,
-ambillah aku bawa keluar mak-
aku kenal doh pedeye aku sebenornye mok,
-aku dah kenal siapa aku sebenarnya mak-
aku kenal doh pedeye kawan pedeye lawan,
-aku dah kenal siapa kawan siapa lawan-
mok aku kenal doh tikor sejadoh,
-mak aku dah tikar sejadah-
aku kenal doh mane paedoh hok mane bejadoh,
-aku dah kenal mana faedah mana hamjadah-
aku takmboh hisap dadoh doh,
-aku taknak hisap dadah dah-
rikok aku takmboh doh,
-sumpah aku taknak dah-

aku gugurkan segala rindu pada kampung lamaku,
-aku gugurkan segala rindu pada kampung lamaku,-
pada gue,pada baroh,pada burung,
-pada gua, pada bendang pada burung-
biolah aku dudok dalam gok ayam,
-biarlah aku duduk dalam reban ayam-
aku takmboh duduk dalam gok urang,
-aku taknak duduk dalam reban orang-
mok kalo aku mati hadioh lah kat aku patehoh.
-mak kalau aku mati hadiahkanlah padaku Fatihah-
pergh... punya ssusah nk translate dialek Kuala Berang ke bahasa stantdart... walaupun aku org GANU, masih susah nk paham dialek K.Berang ni... sebab dialeknya ulu skit... tak ramai anak2 generasi baru dari Ganu yg paham dialek K.Berang melainkan mereka berasal dari sana atau org tua mereka dari sana...

aku mmg berasal dari Dungun, jauh dengan K.Berang, tp kawan2 aku ada yg berasal dr sana... dan diorang kerap jugak main2 ngan dialek diorang... walaupon bunyi cam klakar, tp sebenarnya unik... intonasi sama, pronunciation lari skit... kalau di dengar betul2, mereka hanya mengubah huruf vokal... biasanye dari 'a' ke 'e'... dan dari 'e' ke 'i'. vokal 'o' ke 'au' ... 'i' ke 'ai'... basically, itulah permainan lidah org K.Berang.  

ekceli, aku pon bkn faham sgt...masih bertatih... aku wat post ni saje je nak isi masa lapang, ahaks... atleast ada kemajuankan? bila aku kata nk aktif kat blog...so, aku dah mula rasa nak update blog hari2...hahaha...

soreja, mata itsumo ne~
sekian, sehingga ketemu lagi~

Sunday, May 6, 2012

Perjuangan Belum Selesai (Tun Dr. Mahathir Mohamed)


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

credit is here


note: 
oh...masa Tun DrM deklamasi sajak ni, aku berumur 11 tahun kot. masih kecik dan mentah. sekarang, bila dengar balik rasa sebak sungguh... terkenang pulak keadaan bangsa ku kini yang berpecah belah kerana fahaman politik yang berbeza. 

bangsaku berbalah sesama mereka...
bangsaku berebutkan tanah bertuah ini...
bangsaku...
bangsaku sangat mudah dihasut...
bangsaku sangat lemah jiwanya..
bangkitlah bangsaku...
jangan biarkan bangsa kita diguling di bumi sendiri...
bangsaku bersatulah...
bersatulah membina bangsa yang maju...
bersatulah meneruskan kedamaian bumi kita...
bersatulah bangsaku...

Celebrating the come back!

hahaha... tengok ni budak malas sudah kembali ke alam maya... 1st entry for 2012... hooray!

series, mmg mls giler nk mengarang sejak last time...hahaha...

ok2...ni sempena nak sambut come back ni, aku dah tukar back ground... header pon baru...tp tu la, cam x puas ati lg ni... takpe2...esok2 aku datang balik godek2 ek... ni azam baru ni, nk aktif dah kat blog... sbb ari tu ade g kursus blogger ngan papagomo and the gang-the top blogger in Malaysia...sebagai tentera maya, kami mmg kena berpolitik melalui blog... dh buka 1 lg blog tp, mls gile nk update...ape guna ada 2 site tp malas...duh! tp, ni dah cun ni, rasanya pasni rajin skit r kot...hahaha...

ok2... dah lwt malam... mata pon dah layu...kepala pon dah sakit... esok cuti sempena wesak... selamat bercuti la yer... InsyaAllah, esok dtg lg nk repair skit2... orait...gud nite my blog baby...hahaha

oyasumi nasai~~~