Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Mok Aku Nok Tubaik- Sajak Kuala Berang :sedih:


mok aku nok tubek,
-mak aku nak keluar-
mok disebening hujan yang berderohon,
-mak disebening hujan yang melebat-
mengukir seribu mimpi hadir malam.
-mengukir seribu mimpi hadir malam-

aku rindu pada pacat dan litoh,
-aku rindu pada pacat dan lintah-
aku rindu pada ulat belucah dan buoh getoh,
-aku rindu pada ulat beluncas dan buah getah-
aku ingin bejeluah dengan seluk yang kutor,
-aku ingin berkubang dengan selut yang kotor-
aku ingin main chor...
-aku ingin main air parit-

biorlah ader yang mengayat mencari sain untok berderak,
-biarlah ada yang mencari kawan untuk melepak-
bio aku yang perambak,
-biar aku yang hambat-
biolah ader yang mengakok mencari ubi curok,
-biarlah ada yang merangkak mencari ubi 'curok'-
bio aku yang tembok mok.
-biar aku yang tembak mak-

mok aku nok tubek,
-mak aku nak keluar-
aku nok balik,
-aku nak balik-
aku tahu mok blibe berong maroh,
-aku tahu mak berleter berdengung marah-
sebab aku tak mboh skuloh.
-sebab aku tak mahu sekolah-

aku nok cube cari diri aku pedeye aku sebenornye,
-aku cuba cari diri aku siapa dia aku sebenarnya-
aku blajor jadi kubo jeluok,
...
dok seke stabok bile aku tengok TB,
-tak sangka pula bila aku tengok TV-
sain dudok adalah budok HIV.
-kawan serumah adalah budak HIV-

mok aku serik doh,
-mak aku serik dah-
duduk dalam rumoh batu pintu besi,
-duduk dalam rumah batu pintu besi-
marilah mok ambik aku wak lari,
-marilah mak ambil aku bawa lari-
juallah lembu kubo tuh,
-juallah lembu tu-
mari tebuh aku nih,
-mari tebus aku disini-
wak tubek aku mok.
-keluarkan aku mak-

mok aku nok balik,
-mak aku nak balik-
aku nok tubek,
-aku nak keluar-
nok sujud nok cium tanganmu mok
-nak sujud, nak cium tanganmu mak-
aku teringin nok tumbok peng,
-aku teringin nak tumbuk emping-
aku teringin nok wak pooh,
-aku teringan nak buat 'pooh'-
aku nok sedekoh patehoh kubo ayoh.
-aku nak sedekah Fatihah di kubur ayah-

ambiklah aku wak tubek mok,
-ambillah aku bawa keluar mak-
aku kenal doh pedeye aku sebenornye mok,
-aku dah kenal siapa aku sebenarnya mak-
aku kenal doh pedeye kawan pedeye lawan,
-aku dah kenal siapa kawan siapa lawan-
mok aku kenal doh tikor sejadoh,
-mak aku dah tikar sejadah-
aku kenal doh mane paedoh hok mane bejadoh,
-aku dah kenal mana faedah mana hamjadah-
aku takmboh hisap dadoh doh,
-aku taknak hisap dadah dah-
rikok aku takmboh doh,
-sumpah aku taknak dah-

aku gugurkan segala rindu pada kampung lamaku,
-aku gugurkan segala rindu pada kampung lamaku,-
pada gue,pada baroh,pada burung,
-pada gua, pada bendang pada burung-
biolah aku dudok dalam gok ayam,
-biarlah aku duduk dalam reban ayam-
aku takmboh duduk dalam gok urang,
-aku taknak duduk dalam reban orang-
mok kalo aku mati hadioh lah kat aku patehoh.
-mak kalau aku mati hadiahkanlah padaku Fatihah-
pergh... punya ssusah nk translate dialek Kuala Berang ke bahasa stantdart... walaupun aku org GANU, masih susah nk paham dialek K.Berang ni... sebab dialeknya ulu skit... tak ramai anak2 generasi baru dari Ganu yg paham dialek K.Berang melainkan mereka berasal dari sana atau org tua mereka dari sana...

aku mmg berasal dari Dungun, jauh dengan K.Berang, tp kawan2 aku ada yg berasal dr sana... dan diorang kerap jugak main2 ngan dialek diorang... walaupon bunyi cam klakar, tp sebenarnya unik... intonasi sama, pronunciation lari skit... kalau di dengar betul2, mereka hanya mengubah huruf vokal... biasanye dari 'a' ke 'e'... dan dari 'e' ke 'i'. vokal 'o' ke 'au' ... 'i' ke 'ai'... basically, itulah permainan lidah org K.Berang.  

ekceli, aku pon bkn faham sgt...masih bertatih... aku wat post ni saje je nak isi masa lapang, ahaks... atleast ada kemajuankan? bila aku kata nk aktif kat blog...so, aku dah mula rasa nak update blog hari2...hahaha...

soreja, mata itsumo ne~
sekian, sehingga ketemu lagi~

Sunday, May 6, 2012

Perjuangan Belum Selesai (Tun Dr. Mahathir Mohamed)


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

credit is here


note: 
oh...masa Tun DrM deklamasi sajak ni, aku berumur 11 tahun kot. masih kecik dan mentah. sekarang, bila dengar balik rasa sebak sungguh... terkenang pulak keadaan bangsa ku kini yang berpecah belah kerana fahaman politik yang berbeza. 

bangsaku berbalah sesama mereka...
bangsaku berebutkan tanah bertuah ini...
bangsaku...
bangsaku sangat mudah dihasut...
bangsaku sangat lemah jiwanya..
bangkitlah bangsaku...
jangan biarkan bangsa kita diguling di bumi sendiri...
bangsaku bersatulah...
bersatulah membina bangsa yang maju...
bersatulah meneruskan kedamaian bumi kita...
bersatulah bangsaku...